Pertubuhan Ukhwah Infak Malaysia

Pertubuhan Ukhwah Infak Malaysia no pendaftaran PPM-027-14-02072015 ataupun lebih dikenali Ukhwah Infak merupakan NGO yang menjadi platform masyarakat Malaysia membantu dalam usaha fisabilillah, bagi terus menegakkan syiar Islam di muka bumi dan membantu umat Islam yang memerlukan. Antara aktiviti yang pernah dilaksanakan Ukhwah Infak adalah Program Jejak Al-Fatih, kempen untuk mengajak masyarakat Islam Malaysia menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid.

MATLAMAT

  1. Penubuhan Ngo ini adalah merupakan tanggungjawab amanah untuk meringankan kemiskinan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia dan luar Negara atas dasar kebajikan dan kemanusiaan
  2. Selain itu, ia merupakan tanggungjawab amanah untuk kemajuan pendidikan bagi semua golongan masyarakat tanpa mengira agama bangsa dan keturunan di Malaysia dan luar Negara atas dasar kebajikan dan kemanusiaan.
  3. Ia juga bertujuan untuk amanah bagi kemajuan keagamaan, mengajak orang kepada kebaikan, supaya dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.
  4. Ia juga bertujuan untuk membantu semua lapisan masyarakat tidak mengira agama bangsa dan keturunan apabila berlaku sesuatu bencana dan musibah, bukan sahaja di Malaysia malah di luar Negara atas dasar kebajikan dan kemanusiaan.
  5. Bagi mengumpulkan dana membantu mereka yang memerlukan bantuan di Malaysia dan juga luar Negara atas dasar kebajikan dan kemanusiaan

Pertubuhan Ukhwah Infak Malaysia

Menu